Mengenai Kami 0 comments

NABU ENTERPRISE ialah nama sebenar syarikat ini. Ianya sebuah syarikat yang dimiliki 100% bumiputera yang bermodalkan RM 50, 000.00. Sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran di dalam perkhidmatan yang memberikan perlindungan kepada manusia, harta benda dan makanan dari bahaya penyakit dan kerosakan dari serangga perosak.

NABU ENTERPRISE baru ditubuhkan namun dengan adanya pekerja-pekerja yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, berkebolehan dan terlatih. Sudah pastinya syarikat ini akan berdiri teguh seiring dengan syarikat sedia ada. Berlandaskan pembuatan berkualiti, ia menjadi prinsip utama syarikat untuk memberi perkhidmatan terbaik mengikut kehendak pelanggan.